Mad Doby Lancarkan Gerenti EP

Kesemua lagu ditulis oleh Mad Doby yang pastinya memberikan impak kepada pendengar.

Jae Alba

11/20/20211 min read

Mad Doby Lancarkan Gerenti EP

SABTU, 20 NOVEMBER 2021. Mad Doby atau nama sebenar Ahmad Dhorbi bin Rosni telah melancarkan EP pertama beliau yang bertajuk “GERENTI” pada 19November 2021. “GERENTI” EP diterbitkan oleh Silent Set Entertainment dan kesemua lagu di terbitkan oleh Produser yang tidak asing lagi dalam aliran muzik independent terutama Hip Hop iaitu Aidy’Ad. “Gerenti” EP memuatkan 5 buah lagu, 4 lagusolo dan sebuah lagu kolaborasi dengan artis dibawah Silent Set Entertainment iaitu EmmJay. Antara trak yang terkandung didalam “GERENTI” EP adalah Gerenti, Emo,Laku, #1 dan Salah Tingkah. Kesemua lagu ditulis oleh Mad Doby yang pastinya memberikan impak kepada pendengar. Setelah lebih 5 tahun dalam bidang nyanyian Mad Doby sangat teruja dengan projek kali ini kerana ini adalah kali pertama beliau melancarkan EP semenjak menceburi bidang nyanyian sejak 2014 sama ada dalam bentuk fizikal mahupun diplatform digital.

Yang menariknya projek “Gerenti” EP ini juga didatangkan dengan CD fizikal yang mana ramai artis tidak melakukannya sekarang setelah wujudnya platform seperti youtube, Spotify, deezer dan platform-platform muzik yang lain. Semestinya projek ini membawa kelaian dan nilai estetikanya yang berlainan dengan CD Fizikal yang makin dilupakan oleh pelbagai pihak. Bagi proses pembelian boleh dibuat melalui dalam talian atau teruss berhubung dengan pihak Silent Set Entertaiment.

Dengan pelancaran rasmi “GERENTI” EP dan MV rasmi. Silent Set Entertainment kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single, projek dan Muzik video. Dengan keyakinan yang ada Silent Set Entertainment bersiap sedia untuk menggegarkan industry muzik Malaysia tanahair, menarik perhatian ramai baik di peringkat local mahupun antarabangsa.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti Silent Set Entertainment dimedia sosial; Youtube Silent Set Entertainment, Instagram@silentset.ent Dan Facebook; Silent Set Entertainment.